terima kasih cikgu :)


Cerita ini, kisah tentang seorang insan yang bernama cikgu.

Dulu-dulu, waktu sekolah rendah, waktu math paling aku takut. Sebab cikgu math aku garang gila. Perghhh. Memang menakutkanlah.

Kerja yang dia bagi, memang kena siapkan, kalau tak, memang habis la. Aku pernah sekali kena sekeh dengan dia, sebab solution aku salah. Sakit kot. Haha. Aku rasa dalam kelas aku tu, tak de sorang pun yang tak pernah kena dengan dia.

Lepas tu aku nekad. 1st exam aku score, highest kot. Sejak tu, aku tak pernah kena denda pape da. Haha.

Terima kasih cikgu. Huhu. Saya tahu garang cikgu bersebab.

Aku dapat tahu cikgu aku tu dah meninggal dunia, kira-kira 2 minggu yang lepas. Mungkin sebab sakit jantung. Tak sure sangat. Tak sempat nak gi melawat cikgu.

Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Terima kasih <3

Halalkan semua ilmu-ilmu cikgu, dam maafkan semua salah silap saya. Moga-moga cikgu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AMINNN



No comments: