tinggal kenangan :)


Hmm… bestkan duk kt hostel..? macam2 orang ada… sepanjang 5tahun aku duk sekolah tu, macam2 aku buat…

Time aku form1 dulu, pengalaman yg entah pape aku rasa… otw ke kelas utk prep, kat tangga time 2(memang aku akan ingat ah), ada akak2 sekat aku(act, dorg tua setahun je pun…haha)… gila berdebar ah… dah la dorg ramai, aku sorg je… sebab dorg suruh member2 aku yg lain naik dulu… entah apela salah aku time 2, sampai kena sekat gitu L… tinggal lah aku sorg2 kat situ… aku tak ingat dah apa yg akak tu kata, tp yg pasti takut gila ah rasa… kecik lagi kot time tu… hehe…dalam ramai2 akak kat situ, tiba2 ada sorg akak ni kata,
“Eh, awak naik jela… kesian awk... xsalah pun”
Apalagi, terus aku blah… hmm, xpatut betul dorg buat camtu kat aku… sbb ape dorg sekat aku tu, biarlah rahsia… haha… kerana ianya sgt2 tak patut… haihh…



Time aku form3… ni mmg kelakar+malu kot… time tu da habis da PMR… so, kami budak2 form3 ni mmg enjoy jela kerjanya… nk g jamuan kelas punya pasal, ramai lah yg ponteng tak gi surau duk kat bilik… tengah2 syok makeup depan pintu (sb tempat lain semua gelap, kalau buka lampu kantoi la nanti..) tiba2,
“Hey, pelajar aspuri” –bergemalah suara PKHem… sb terlalu takut, aku terus masuk bilik, biar PKHem tu depan aku pun… hajatnya nak nyorok dalam loker, tp disebabkan dah terkantoi bodoh camtu, aku pun pakai tudung gi serah diri… roommate aku yg ada dalam bilik sekali ngan aku, semua dah memboloskan diri ke dalam loker da… tinggal aku je terkapai2…
Cikgu kata, “Saya nak awak gi naik setiap aras, suruh siapa yg ada dalam bilik tu, keluar” –dengan muka rela aku pun gi la ketuk bilik sorg2 suruh turun… takut kot ngn PKHem… gila garang ah dia… tak pasal2 kena rotan free… haih…
time jamuan, da takde mood da nk makan… bukan aku je, semua yg terkantoi…haha



Yg time form4 ni, mmg aku rasa Ya ALLAH, malunya…’
After assembly, cikgu suruh tunggu sb nk inform apa entah… tak tahu lah kenapa, ada sorg ustaz ni ‘mengamuk’… hehe… sorg2 yg bising ustaz panggil keluar line suruh buat line baru kat tepi… and, ada juga yg ‘bertuah’, kena berdiri atas stage… aku tak tahu apa salah aku, padahal aku tak cakap pun (sb hari tu aku moody, gaduh ngan pakwe mybe…haha) tak pasal2 ustaz tunjuk aku, suruh gi kat dia… malang memang tak berbau… so, aku pun keluarlah line, gi depan kat ustaz… time tu atas stage, da ada 2 orang boy… tanpa belas kasihan, ustaz suruh aku berdiri atas stage, at the centre pulak tu… memang bertuah gila kot aku ni… macam s*** je… malu gila ah… *sampai hati ustaz…haha
Ustaz suka kata tudung aku pendek… kalau nak bagi contoh tudung pendek, mesti sebut aku,
“Tudung tak leh pendek sangat, ya Farhana”
aku rasa da cukup labuh dah tudung aku… haha… sb setiap kali checking aku pakai tudung orang, tu yg pendek… hehe, sorry lah ustaz
L



Form5, baru ingat nak jadi baik2… tp aku still jahat di mata ustaz… haha… time tu tengah betulkan saf nak solat… memang gila bising ah dalam surau… di sebalik penghadang, ustaz dengan muka garang, perhatikan budak2 perempuan betulkan saf… tengah aku betul2 kan saf, tiba2 ustaz muncul depan aku, “Bercakap lagi” –nampak sangat ustaz marah aku sb dia tengok aku je… disebabkan ketakutan yg amat sangat, aku tak sanggup nk tengok muka ustaz… memang ketar ah tangan aku time tu… orang lain pun nak jugak tengok aku yg da kena marah ni, tak leh khusyuk solat time tu… haha


Sbb nak cepat punya pasal, after habis exam (trial) kami terus gi lunch kat dema (dewan makan)… baru 2 3 suap, tiba2 pengetua datang… alamak, kantoi lagi… kami buat2 tak tahu and sambung je makan… padahal masing2 da cuak gila da time… tak lama lepas tu, ustaz datang… ustaz marah, then suruh kami berhenti makan… tak sempat kenyang pun lagi… hadoiii… ustaz tunggu depan pintu, nak tak nak kami kena lalu jugak depan ustaz… tiba time aku, ustaz kata “Muka masalah..!”  –sampai bila2 aku tak boleh nak jadi baik depan ustaz… L ornag lain ustaz tak kata papepun…
Biarpun ustaz selalu tak puas hati ngan aku, ada 2 benda yg buatkan aku jadi sayang kat ustaz… haha... banyak benda act... huuu


*      Time form4, tiba2 ustaz suruh aku gi bilik disiplin… kata ustaz, disiplin aku teruk… haha… hari2 lambat gi sekolah, biasa la tu ustaz… hehe… ustaz dah bagi dah borang merah kat aku… dia siap letak sekali ngan pen lagi depan aku… baru aku nak tulis nama, dengan ‘cool’nya ustaz kata… “Kali ni sy lepaskan awk… Lain kali sy taknak tengok da nama awk dalam list budak2 masalah…” –mekasih ustaz… haha... see, kadang2 ustaz baik ngan aku :)


*      Time form5, phone kena rampas… hadoii… dah la malam tu birthday Mr.MAR… malang betul… then, lagi seminggu nak balik… aku, dengan nekadnya, gi jumpa ustaz… haha… nak mintak balik phone… gila berani ah… sehari sebelum balik, aku gi lagi bilik disiplin, tp ustaz takde… hmm… mmg takde harapan kot nk dapat balik… aku kol ustaz tp xangkat pun… tiba2, ustaz buat announcement, suruh aku gi bilik disiplin… fuhhh, dapat jugak at last… -mekasih ustaz… haha


Actually, time form2 aku ada kisah yg sangat2 memalukan… disebabkan tak ramai yg tahu, so lebih baik lah dirahsiakan… biarlah menjadi kenangan… -mekasih cikgu Asmui ^_^

#penat meluah perasaan...sekian