maaf, mungkin lebih baik dari diam

mula2 sekali, aku nak mitak maaf kepada yang berkenaan.

hmm, minggu ni mungkin minggu mengamuk sedunia aku, aku pun tak tahu lah, ada je yang tak kena, haishh.

kalau marah orang mesti aku akan nangis, entah pape je aku ni.

sebab aku nangis lah selsema aku pun makin menjadi jadi

mungkin juga tu je kot cara aku nak kasi tempered aku reda. sebab aku tahu, kalau aku lepas, mulut aku ni bukan boleh kira sangat. haishh, takut nanti ada je yang makan penampar free

bukan apa, aku ni susah nak bersabar. sekali aku marah teruk aku mengamuk. hmm

kepada sesiapa yang kena tu, anda tersilap cari pasal dengan orang. haha

so please, pk 2 3 kali kalau nak cari pasal dengan aku.

hmm, kalau ko cakap MAAF pun aku dah boleh terima, tapi ko, diam.

aku marah ko, tapi aku yang nangis. ko buat muka donno je kan, owh, kawan yang baik..!!

untuk hari2 yang mendatang, moga2 tahap kesabaran aku tinggi :) sebab aku tak nak marah2 dah.







. . . . O.O . . . .


Ooo, salah orang ko nampak je, salah ko macam lah orang tak nampak”- ayat memerli.

Dalam hidup ni, kalau boleh, janganlah asyik nak salahkan orang je kerja kita. Ingat masing2 ada kelemahan. Tak de orang perfect J


Buat apa nak jaga hati dia, dia pun tak jaga hati aku”-aku selalu kata cam ni kat seseorang. Hoho~
Tapi, kawan aku tu, dia sangat berfikiran terbuka, dan dia nasihat aku.

Eh, ko tak bolehlah macam ni. Tak kan ko nak dia buat benda yang sama kat ko berulang2.?”
Hmm, betul jugak apa yang dia kata. So, sejak hari tu, aku try jadi lebih berfikiran terbuka. haha~


Seriously, bila dah makin besar ni, baru aku tahu, susah nak puaskan hati semua orang, susah nak cari orang yang betul2 paham kita. Yang penting, sabar dalam diri tu mesti ada. Moralnya, kita kena ingat yang kita ni tak sempurna. Kalau rasa buat salah, cepat2lah minta maaf. Mungkin itu boleh redakan kemarahan, dan tenangkan hati kita. ^_^


Ingat “KITA SAYANGI ORANG UNTUK ORANG SAYANGI KITA

P/s:- untuk diri sendiri J



terima kasih cikgu :)


Cerita ini, kisah tentang seorang insan yang bernama cikgu.

Dulu-dulu, waktu sekolah rendah, waktu math paling aku takut. Sebab cikgu math aku garang gila. Perghhh. Memang menakutkanlah.

Kerja yang dia bagi, memang kena siapkan, kalau tak, memang habis la. Aku pernah sekali kena sekeh dengan dia, sebab solution aku salah. Sakit kot. Haha. Aku rasa dalam kelas aku tu, tak de sorang pun yang tak pernah kena dengan dia.

Lepas tu aku nekad. 1st exam aku score, highest kot. Sejak tu, aku tak pernah kena denda pape da. Haha.

Terima kasih cikgu. Huhu. Saya tahu garang cikgu bersebab.

Aku dapat tahu cikgu aku tu dah meninggal dunia, kira-kira 2 minggu yang lepas. Mungkin sebab sakit jantung. Tak sure sangat. Tak sempat nak gi melawat cikgu.

Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Terima kasih <3

Halalkan semua ilmu-ilmu cikgu, dam maafkan semua salah silap saya. Moga-moga cikgu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AMINNN