berubah, please.. ^O^


Apa yang ko rasa aku, pun pernah rasa jugak, oke..? hmm, mungkin betul lain orang lain cara. Tapi aku rasa cara ko salah. Ye la, siapalah aku kan nak judge ko kan..?

Hmm, seriously, aku jarang ambil kisah pasal orang ni. Tapi, kadang2 bila aku tengok ko macam over sangat, ko buat aku menyampah. And I know, bukan aku je kot yang menyampah.

Orang lain pun ada bf jugak, weh. Jangn nak show off sangat laa, tak elok kot. Hmm, ko post macam2 kat fb, mention he’s yours, marah girl tu sebab couple dengan bf ko. Ada ko pernah fikir yang hidup kita ni macam Newton’s 3rd Law..?

Ko couple dengan bf orang, biar pun ko dah ada bf, ko ingat orang tu tak marah ke..? Kita dah besar oke..? dah 20, so, pandai2 la fikir. Aku harap, kalau ko baca, ko boleh berubah.

Sebab ko kawan aku, dan aku sayang kawan2 aku. Mungkin ko tak tahu, tapi tu lah hakikatnya, hehe.